Dato' Undang Luak Johol

Dato' Undang Luak Johol merupakan pemerintah Luak Johol dan Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan. Luak Johol merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan.Gelaran bagi Dato' Undang Luak Johol ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan. Gelaran itu mula digunakan oleh Dato' Undang Luak Johol yang pertama iaitu seorang wanita bergelar Puteri Kanun atau Puteri Sitiawan yang memerintah sejak 1723.